Saturday, August 10, 2013

Salam Lebaran dari Azrina Azman

Selamat Hari Raya!

Tahun ini ialah tahun pertama kami beraya tanpa nenda yang disayangi.  Hanya kenangan bersamanya yang dapat dibawa semasa lebaran kali ini... Hampir setahun nenda pergi meninggalkan kami semua.  Al-Fatihah...  Biarpun nenda telah meninggalkan kami semua, tetapi segala pesanan, tunjuk ajar, dan kenangan bersama, takkan kami lupakan.

Alhamdulillah, raya tahun ini segalanya dalam keadaan baik-baik sahaja.  Dengan kesempatan ini, saya ingin memohon maaf sekiranya ada kata-kata saya megguris hati dan atas segala kesilapan saya.  Hari ini ialah hari raya ketiga dan suasana di sini sungguh meriah sekali. Saya merayakan Hari Kemenangan ini di Kuching, Sarawak bersama-sama keluarga tersayang.

Seperti yang kita boleh lihat, sempena Hari Raya ini banyak rancangan menarik disiarkan di televisyen.  Untuk mendapat hasil kualiti gambar yang baik, itu bergantung kepada 'resolution', 'brigthness', 'dot pitch', atau 'contrast ratio'.
Bagi diri saya sendiri, kami menggunakan televisyen LCD iaitu Liquid Crystal Display.  Hasil gambar yang ditayangkan juga memuaskan serta menarik.  LCD menggunakan bahan cecair untuk menyampaikan maklumat pada peranti paparan.  Ibu bapa saya amat berpuas hati dan kadang kala kami menikmati masa kami bersama dengan menonton rancangan kegemaran kami.

Baiklah, saya rasa sudah banyak yang saya kongsikan pada pagi ini dan sekarang saya juga tengah menonton televisyen sambil minum segelas neslo panas buatan sendiri dan melayari laman sosial.
Sekali lagi, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MOHON MAAF ZAHIR & BATIN :) 


0 comments:

Post a Comment

 
;
I LOVE BLOG AZRINA'S STORY