Saturday, August 10, 2013

Raya, Facebook dan Instagram

Wow!!!  Raya, Facebook dan Instagram..

Itulah saya.  Sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal ini, saya sering melayari akaun facebook dan instagram saya.  Ini kerana musim perayaan ini ramai kawan-kawan akan memuat naik video, gambar, dan membuat status.  Ia amat menarik untuk dibaca dan dilihat.

Seperti yang kita ketahui, gambar-gambar, video yang sudah dimuat naik di facebook atau instagram pasti tidak akan pernah hilang.  Facebook dan Instagram ini ialah salah satu contoh kepada Cloud storage.  Antara contoh Cloud storage yang lain ialah Youtube, Picasa, Flickr, Gmail, Yahoo! mail ataupun MySpace.

Cloud storage ini mempunyai banyak kebaikan; daripada kita hanya menyimpan gambar dan video di telefon bimbit.  Antara kebaikan cloud storage ini ialah kita boleh melihat gambar dan video yang sudah dimuat naik  pada bila-bila masa. Keduanya, gambar dan video itu tidak akan pernah hilang dan kekal disimpan di cloud storage.  Ketiga, cloud storage boleh menampung saiz fail yang besar.

Sudah tiga hari Syawal ini, banyak kenangan yang telah saya rakamkan dan digambar.  Sesudah ini akan saya buat backup untuk gambar-gambar dan video ini.  Selain disimpan di cloud storage, ada banyak cara lain untuk saya menyimpan kenangan ini.  Saya akan buat salinan dan simpan di pendrive dan memory card atupun burn dalam CD.

Saya rasa anda juga akan buat perkara yang sama seperti saya.  Raya, Facebook, dan Instagram.. :)
Selamat Hari Raya..

0 comments:

Post a Comment

 
;
I LOVE BLOG AZRINA'S STORY